LessGo Travel!
LessGo Travel!

Bercuti ke Perlis dengan motorhome

Terkini - 14 Jan 2025

Satu perancangan yang spontan dan tiada penyesalan. Kami singgah di tempat antara yang tercantik di Perlis. Kami berbincang mana lagi tempat menarik untuk diteroka di Malaysia? Spontan kami terfikirkan Perlis. Sebuah negeri yang mungkin terlindung dari radar pelancongan. Kali ini, tidak dengan mode biasa, kami memandu sebuah RV / motorhome untuk meneroka di satu sudut lain di Tasik Timah Tasoh. 

Test description
Memang healing jiwa bila dapat menikmati pemandangan Timah Tasoh dari atas motorhome sambil menghirup kopi panas. Nikmat sungguh!


Memandangkan bahagian timur tasik sudah menjadi terlalu popular gara-gara video RareTV ke Timah Tasoh sebelum ini, kami meneroka bahagian di Jalan Kampung Sahabat pula. Jalan ini sebenarnya jalan berturap menuju ke sebuah kampung yang kini sudah ditenggelami air. 

Tak sangka, nyaman. 





Kami buka pintu belakang untuk memaksimakan sudut pandang pada keindahan pagi di tasik Timah Tasoh, sambil menghirup kopi panas. Sebaiknya untuk ke sini, datang pada waktu awal pagi kerana kecantikan limpahan cahaya pada matahari terbit di celah Bukit Cabang sangat indah untuk dilepaskan. 


Motorhome ini boleh memuatkan 4 orang dewasa dan self-contained (siap tandas) dan kemudahan dapur untuk memasak. Tidaklah terkocoh-kocoh kalut nak cari hotel pula. 

Ada yang minat kalau kita cuba konvoi motorhome meneroka sisi rare kecantikan Malaysia?


image

Saiful Nang

Your Travel Journey Starts Here

Sign up and we'll send the best deals to you