LessGo Travel!
LessGo Travel!

Panduan Mudah Makanan Halal di New Zealand

Terkini - 31 Jan 2025


Masak sendiri adalah pilihan terbaik di New Zealand. Lamb shoulder begini hanya RM60 sahaja berbanding RM240 jika beli bermasak di kedai.

Panduan Mudah Mencari Makanan Halal di New Zealand Selatan

Berada di New Zealand Selatan adalah satu pengalaman yang menakjubkan! Pemandangan gunung-ganang yang memukau, tasik biru yang jernih, dan udara segar yang menyegarkan menjadikan setiap langkah perjalanan begitu bermakna. Tetapi, bagi pelancong Muslim, soalan utama yang sering timbul ialah, "Di mana nak cari makanan halal?" 

Orang Melayu kalau mengembara, kalau iman masih boleh digadai namun bukan selera gastro yang tidak lari dari kepedasan dan juga yang paling penting, halal. 

Berita baik, semenjak New Zealand menyasarkan menjadi pengeksport makanan halal terbesar di dunia, mereka telahpun dengan berani mangatakan apa sahaja yang di sembelih di atas mukabumi New Zealand kecuali babi, semuanya halal. Untuk lebih yakin, kita cari yang disahkan oleh FIANZ (Federation of Islamic Associations of New Zealand). 

Apapun, sebagai pengembara tegar, mari saya kongsikan beberapa panduan secara kasual. Tak perlu risau tak makan di New Zealand ya. 

1. Halal walaupun tiada logo Halal

Di New Zealand Selatan, bandar utama seperti Queenstown, Christchurch, dan Dunedin menawarkan lebih banyak pilihan makanan halal. Bandar-bandar kecil mungkin mempunyai pilihan yang terhad, tetapi dengan sedikit perancangan, anda pasti dapat memenuhi keperluan.

Di bandar besar, cari sahaja supermarket Coutdown atau Pak'n Save. Cari daging keluaran ANZCO, Alliance, Tegel, Silverfern dan semua ini biasanya tak berlabel halal di supermarket tempatan tetapi sila beli dan guna tanpa was-was. Dari pengalaman kami sendiri yang pernah masuk ke pusat sembelihan Alliance, ia terlalu tinggi piawaian halalnya berbanding sebahagian negara-negara Arab. 

Ikan salmon dari sangkar begini dah pasti halal. Beli sahaja di Salmon High Country dengan harga sekitar NZD30 sekilo. Puas hati!
Ikan salmon dari sangkar begini dah pasti halal. Beli sahaja di Salmon High Country dengan harga sekitar NZD30 sekilo. Puas hati!

Paling nikmat, daging potongan steak yang kayangan dengan harga yang sangat murah. Apa lagi, kerja kami jadi karnivor di New Zealand
Paling nikmat, daging potongan steak yang kayangan dengan harga yang sangat murah. Apa lagi, kerja kami jadi karnivor di New Zealand

2. Gunakan Aplikasi dan Platform Online

Teknologi adalah kawan terbaik anda! Berikut beberapa aplikasi dan laman web yang sangat berguna:

  • Zabihah: Direktori global untuk restoran dan kedai halal. Tapi cara ini dah agak obselete, boleh sahaja gunakan cara seterusnya

  • Google Maps: Cari dengan kata kunci seperti "halal food" atau "halal restaurant". Ini kami biasa guna. 

  • HappyCow: Walaupun lebih fokus kepada makanan vegetarian, ia juga membantu mencari tempat yang mesra Muslim. Tak pernah guna, sebab banyak sangat applikasi kerana Google sahaja cukup membantu.

3. Lokasi Pilihan di Bandar Utama

Jika berada di bandar-bandar utama seperti Queenstown, Christchurch, Dunedin, Timaru, Ashburton mudah sahaja. Sebahagian jaringan franchise seperti KFC yang menjadikan Tegel sebagai pembekal ayam mereka adalah halal. Selain itu, banyak sahaja pilihan bagi yang makan di luar. Antara yang paling luarbiasa sedapnya ialah Pedro's Lamb. Masakan latin yang menggunakan sumber daging yang halal sepenuhnya.

Pedro's hanya menyediakan satu hidangan sahaja. Lamb shoulder slow cooked yang sangat lembut dimasak bersama ubi kentang. Kerosakan bajet sekitar NZD70.

Pedro's hanya menyediakan satu hidangan sahaja. Lamb shoulder slow cooked yang sangat lembut dimasak bersama ubi kentang. Kerosakan bajet sekitar NZD70. 

4. Pilihan Mudah di Supermarket

Jika anda tidak pasti tentang status halal restoran, membeli bahan mentah dari supermarket adalah pilihan terbaik. Supermarket seperti Countdown, New World, dan Pak’nSave sering mempunyai produk halal yang dilabel dengan jelas, termasuk daging halal yang dibekalkan oleh syarikat seperti Ashburton Meats.

5. Berhubung dengan Komuniti Muslim Tempatan

Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan maklumat adalah dengan menghubungi masjid atau komuniti Muslim tempatan. Di Christchurch, anda boleh singgah di Masjid Al Noor atau Muslim Association of Canterbury untuk bertanya tentang makanan halal dan tempat-tempat makan terbaik.

7. Bawa Makanan Sendiri sebagai Backup

Jika anda merancang untuk ke kawasan terpencil seperti Milford Sound atau Lake Tekapo, membawa makanan halal siap masak atau makanan ringan seperti roti, tuna dalam tin, atau mi segera halal adalah idea yang bijak. Tetapi jika nak ke Milford Sound, berhenti sebentar di Te Anau ada sebuah restoran bernama Radha's Indian Restaurant dengan bajet NZD20-30 setiap hidangan. Briyaninya sangat sedap dengan porsi yang banyak. 

Kesimpulan

Mencari makanan halal di New Zealand Selatan mungkin memerlukan sedikit usaha, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan bantuan teknologi, sedikit perancangan, dan semangat untuk mencuba sesuatu yang baru, perjalanan anda pasti menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan. Jadi, siapkan bagasi anda, dan nikmati keindahan New Zealand Selatan tanpa rasa ragu!

Jika tahu tips ini, tidak pernah rasa akan lapar malah mungkin berat badan bertambah bila balik dari mengembara ke New Zealand Selatan. Terutama jika mengembara bersama Rarecation Travel 

Selamat menjelajah dan menjamu selera!

Your Travel Journey Starts Here

Sign up and we'll send the best deals to you