Pengembaraan 9 hari 7 malam di Swiss ini membawa anda meneroka keindahan alam semula jadi dan budaya yang luar biasa dengan hanya menggunakan Swiss Pass. Bermula di Zurich dan menuju ke Interlaken, Lucerne, dan Zermatt, setiap destinasi menawarkan pemandangan Alps yang menakjubkan, tasik yang jernih, serta bandar bersejarah seperti Bern. Dari air terjun Lauterbrunnen hingga ke ikon Matterhorn di Zermatt, anda akan menikmati pelbagai aktiviti outdoor dan pengalaman yang unik. Perjalanan ini diakhiri dengan lawatan singkat ke Zurich sebelum kembali ke Kuala Lumpur, membawa pulang kenangan indah sepanjang kembara di Swiss.
Menariknya semua ini dilakukan mengikut rentak kita sendiri, tidak perlu terikat dengan aturcara perjalanan yang telah ditetapkan oleh mana-mana syarikat. Pengembaraan kita, perjalanan kita, kita yang tentukan.